Tuesday, May 3, 2011

Rabu, 4 Mei 2011

Penentang Penyatuan UMNO dan PAS sebagai Pengkhianat Islam - Mufti Perlis




Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam. Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat. Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.

“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.

No comments:

Post a Comment