Pulut Kuning Dua Cupak Iringi Ariffami ke Mahkamah
Pada 14 Febuary 2011 SPRM Kelantan mengumumkan mereka telah selesai menjalankan siasatan terhadap meHantu mithali MB Kelantan berhubung penyalahgunaan kuasa semasa dia berada di PMBK.
Tiga bulan telah berlalu, tetapi tiada sebarang tindakan lagi yang diambil setakat ini. Hari ini saya ke pejabat SPRM dan berjumpa dengan seorang pegawai untuk bertanyakan tentang kes ini.
Kata pegawai berkenaan, kes Ariffahmi ada dua.
Pertama, berhubung perlantikannya, yang itu sudah selesai dan pak mertua Ariffahmi telah diberi teguran.
Kedua, berhubung penyalahgunaan kuasa oleh Ariffahmi semasa berada di PMBK. Ada beberapa kes salah guna kuasa yang dilakukannya dan kes tersebut tidak pernah ditutup dan masih berjalan. Fail berhubung kes berkenaan telah dihantar oleh SPRM Kelantan ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk tindakan selanjutnya.
Kasi taruk pun kasi taruk juga, dalam masa yang sama saya juga kena tarbiah dengan mereka. Dalam kesempatan berjumpa dengan pegawai SPRM hari, mereka juga menerangkan tentang kerja-kerja yang mereka lakukan dalam usaha untuk membanteras rasuah.
Ada sesetengah kes mereka tahu berlaku rasuah dan ada bukti-bukti tertentu, tetapi oleh kerana keterangan tak mengcukupi, maka si pelaku tidak dapat dituduh di mahkamah. Jika pertuduhan diteruskan juga terhadap mereka , mahkamah boleh membebaskan tertuduh. Dipendekkan cerita, nak dakwa seseorang mesti cukup bukti dan keterangan. Dalam dunia yang moden seperti hari ini, si penjenayah-penjenayah rasuah cukup cekap membuat kerja tanpa meninggalkan bukti.
Kes Ariffahmi cukup bukti dan keterangan tak ? Sama-sama kita tunggu apa tindakan selanjutnya terhadap Ariffahmi. Semoga dia akan dihadapkan ke mahkamah.
Beberapa hari lepas Nik Aziz ada berkata, kalau dia panjang umur apabila stadium baru yang dibina oleh kerajaan Kelantan siap kelak, dia nak solat hajat di sana dan kapten pasukan bolasepak akan menjadi imamnya. Sini
Hari ini saya pula nak beritahu, kalau saya panjang umur, sebaik sahaja Ariffahmi didakwa di mahkamah kelak, saya nak buat pulut kuning dua cupak dan nak minta Kickdefella potong pulut berkenaan.

Dipetik daripada blog RBF.
No comments:
Post a Comment