Saturday, May 7, 2011

PAS - KUMPULAN ULAMA V KUMPULAN ERDOGAN

Memang panas pemilihan PAS yang bakal berlangsung pada Muktamar parti itu kali ini. Meskipun isu pemilihan PAS ini seakan-akan tenggelam dek kerana isu skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar, namun sebenarnya hal pemilihan PAS ini berbahang kepanasan di dalamnya!

Sebagaimana kita maklum, Erdogan dan Pro-Ulama sudah lama bersengketa. Memperlihatkan sikap yang lebih aggresif oleh puak-puak Erdogan, membuatkan "suhu hati dan tubuh badan" golongan Pro-Ulama menjadi panas..."overheat"!!!

Terbaru dari blog sahabat saya ini, memaparkan betapa sengitnya peperangan pemilihan PAS kali ini. Mesyuarat PAS di cawangan dan kawasan sedang berlangsung, sifatnya bagai gunung berapi yang bakal meletus pada 3 hingga 5 Jun ini!

Mursyidul Am PAS yang menjadi "pelindung" puak-puak Erdogan ini dikhabarkan mungkin mengeluarkan fatwa terbarunya bersempena pemilihan PAS kali ini. "Haram bagi ahli PAS untuk mengundi calon pro Kerajaan Perpaduan",Kita tunggu dan lihat.

Sehingga kini, golongan pro-ulama sedang berhempas pulas mengekalkan identiti ulama di dalam kepimpinan PAS. Namun mereka kecewa dengan tindakan golongan Erdogan yang dikutip masuk dari kem Anwar. Mereka kecewa golongan ini telah membawa bangkai busuk bersama untuk dibudayakan di dalam PAS! Dan dari itu, maka timbullah gerakan "memancung Erdogan"..!!!

Sebagaimana kita lihat, pemimpin-pemimpin pro Ulama PAS sering di"serang" oleh puak-puak Erdogan tanpa rasa bersalah. Nik Aziz menyerang Hadi dan Nasha. Azmin menyerang Mustapha Ali. Husam menyerang Nik Abduh. Khalid Samad serang Hasan Ali! Ini boleh mendatangkan marah pada penyokong pro-ulama!

Akar umbi PAS yang sememangnya pro-ulama memang sedang menjalankan strategi mereka. Sekiranya berhasil, bukan saja PAS akan mengekalkan identiti kepimpinan Ulama, malah berkemungkinan besar PAS akan keluar dari Pakatan Haram!

Apa senjata penyokong Pro-Ulama? Tidak lain tidak bukan, video seks! Video Seks Anwar Ibrahim merupakan senjata paling "ampuh" yang dikatakan bakal meranapkan golongan Erdogan! Sudah lama golongan pro-ulama ini tidak mempercayai Anwar dan kini benci dan meluat mereka pada lakonan Anwar semakin meluap-luap!

No comments:

Post a Comment